5 benda syurga yang ada di bumi

Berikut ini 5 benda syurga yang ada di bumi (Benda dari surga) baca selengkapnya 5 benda syurga yang ada di bumi di pakpandir.com
Berikut ini 5 benda syurga yang ada di bumi (Benda dari surga) baca selengkapnya 5 benda syurga yang ada di bumi di pakpandir.com

Pandir.com – 5 benda syurga yang ada di bumi (Benda dari syurga)Dalam kitab Al-Quran syurga di gambar kan sebagai tempat yang indah tiada tara. Dan tak seorang manusia pun bisa mengimajinasi kan keindahan syurga tersebut.

“Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: Inilah yang diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan, isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya”.(Qs.Al-Baqarah:25)

Bacaan Lainnya

Akhir dari kehidupan manusia di dunia ialah berharap memperoleh syurga berbanding neraka kerana neraka digambarkan suatu tempat yang menggerikan.Orang orang beriman dan beramal soleh pastinya ingin memasuki syurga kerana syurga digambarkan satu tempat yang sangat indah.Tapi sebenarnya, ada beberapa makhluk yang berasal dari syurga tapi ada di dunia ini.Apakah makhluk makhluk tersebut yang berasal dari syurga namun ada di dunia ini?

Siapa pun yang ke Makkah pasti menginginkan mencium hajarul aswad. “Kepayahan” mencapai ke penjuru dimana terletaknya hajar aswad itu hanya mereka yang pernah merasakannya faham apa artinya karana ribuan manusia berdesakan ingin mencium batu tersebut

Asal kejadian dikatakan bahwa Hajar Aswad itu berwarna putih namun selepas dicium oleh manusia-manusia yang berdosa, ia bertukar menjadi warna hitam. Berdasarkan hadist, Hajar Aswad dibawa oleh Malaikat Jibril dan diserahkan kepada Nabi Ismail AS dan Ibrahim AS sewaktu membangunkan Kaabah.

Dari Abdullah bin Amru berkata, “Malaikat Jibril telah membawa Hajar Aswad dari syurga lalu meletakkannya di tempat yang kamu lihat

Kita tetap akan berada dalam kebaikan selama Hajar Aswad itu ada. Nikmatilah batu itu selama kita masih mampu menikmatinya. Karena akan tiba saat di mana Jibril datang kembali untuk membawa batu tersebut ke tempat semula. (HR Al-Azraqy).

Diceritakan kisah pembinaan semula Ka’abah oleh kabilah – kabilah Mekah berikutan banjir besar melanda keatas Ka’abah yang telah memusnahkan sebahagian strukturnya. Ketika itu, Hajarul Aswad telah dialihkan sementara bagi memberi laluan kepada pembinaan semula Ka’abah. Setelah pembinaan semula siap, kabilah – kabilah Mekah bertelingkah sesama sendiri mengenai kabilah mana yang lebih berhak untuk meletakkan kembali ketempat asalnya didalam Ka’abah.

Kemudiannya, mereka mengambil keputusan untuk menunggu sesiapa saja yang akan memasuki kawasan Ka’abah selepas itu, akan diminta membuat keputusan berkenaan perbalahan mereka. Dengan kehendak Allah jugalah, lelaki yang memasuki itu adalah Muhammad bin Abdullah. Usia beliau ketika itu baru memasuki 35 tahun, yaitu 5 tahun sebelum beliau menerima wahyu kerasulan. Dengan kebijaksanaan baginda, baginda meminta disediakan sehelai kain lalu meletakkan Hajarul Aswad di tengah – tengah kain tersebut. Setiap ketua daripada setiap kabilah Mekah itu diminta untuk bersama memegang tepian kain tersebut lalu mengangkatnya.

Akhirnya Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam sendiri yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ketempat yang sepatutnya , sambil memberikan kepuasan hati setiap kabilah Mekah atas kehormatan yang mereka terima secara adil. Begitulah asalnya bagaimana Muhammad bin Abdullah mendapat gelaran “Al-Amin” atau “Orang Yang Dipercayai” dikalangan masyarakat Arab.

2. Batu Maqam Nabi Ibrahim

Sama seperti Hajar Aswad, batu Maqam Nabi Ibrahim ini terletak di sisi Kaabah. Ia dikatakan menjadi batu bekas pijakan kaki Nabi Ibrahim ketika membangunkan Kaabah.

Dikisahkan, ketika Nabi Ibrahim perlu meletakkan batu-batuan dan tanah ke tempat yang lebih tinggi maka Nabi Ibrahim telah memijak batu ini yang mana batu ini terangkat dengan sendirinya (atas izin Allah taala).

Pada batu tersebut masih terdapat bekas tapak kaki Nabi ibrahim. Dahulunya batu ini dikatakan memancarkan cahaya putih seperti Hajar aswad, namun Allah telah memadamkan cahayanya kerana dipercayai cahaya itu masih ada, cahayanya apabila digabungkan dengan cahaya Batu Hajar Aswad maka ia akan menerangi seluruh bumi antara ufuk timur dan ufuk barat.

Tentang Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim ini Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam bersabda, “Rukun (Hajar aswad) dan Maqam Ibrahim adalah dua batu akik yang diturunkan dari syurga yang telah Allah redupkan sinarnya, kalau seandainya tidak demikian niscaya sinarnya akan menyinari seluruh penjuru dunia dari Timur sampai ke Barat”.

3. Kayu Gaharu

Ramai orang pernah dengar kayu gaharu. Ia banyak terdapat di Indonesia dan harganya mencapai harga jutaan sekilogram dan banyak dibuat minyak wangi.

Satu hadis menyebut mengenai kayu gaharu. Dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam bersabda “golongan penghuni syurga yang pertama kali masuk syurga adalah berbentuk rupa bulan pada malam bulan purnama, … (sampai ucapan beliau) …, nyala perdupaan mereka adalah gaharu, Imam Abul Yaman berkata, maksudnya adalah kayu gaharu. (HR. Imam Bukhari).

4. Cincin Nabi Sulaiman

Wahab bin Munabih mengatakan bahwa cincin Nabi Sulaiman dikenal dengan nama “Cincin taat Nabi Sulaiman” yang diciptakan Allah dari cahaya yang bersinar sangat terang yang cahayanya mengalahkan setiap cahaya berasal dari langit yang memiliki empat sisi di antara sisinya tertulis kata:

Pada sisi pertama tertulis “Laa ilaha ilallah Wahdahu laa syarikalahu Muhammadan abduhu wa rasuluhu” ertinya : Tidak ada Tuhan selain Allah tidak ada sekutu baginya, Muhammad adalah hamba dan rasulnya.

Pada sisi kedua tertulis “Allahumma malikal mulki tu’til mulka man tasya wa tanzi’ul mulka man tasya wa tu’izu man tasya wa tuzilu man tasya” Wahai Allah raja yang memiliki kerajaan, engkau berikan kekuasaan kepada yang engkau kehendaki dan engkau hinakan orang yang engkau kehendaki ”

Pada sisi ketiga tertulis “Kullu syai’in haalikun illallah” ertinya : Segala sesuatu akan musnah kecuali Allah. .

Dan pada sisi keempat tertulis “Tabarokta ilahiy laa syariika laka” artinya : Maha suci engkau wahai Tuhanku yang tidak ada sekutu bagimu.

Cincin tersebut memiliki cahaya yang bersinar yang apabila dikenakan maka akan berkumpul para jin, manusia, burung, angin, setan dan awan. Di mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai bala tentaranya, burung sebagai pembantu dan teman bicaranya , binatang buas sebagai pekerjanya dan para Malaikat sebagai utusannya.

Beliau pernah berdoa kepada Allah meminta kerajaan yang tidak pernah ada yang menyamai setelahnya. Sebagaimana firman Allah Subhanallahu Wassalam Ta’ala :

“Ia (Sulaiman) berkata: “ Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi ” (Q.S Shaad : 35).

5. Daun Tin

Semua kita tahu kisah Nabi Adam yang melanggar perintah Allah selepas terpedaya dengan bisikan syaitan agar tidak memakan buah khuldi. Namun akhirnya Nabi Adam dan isteri yang menyesali perkara ini diturunkan ke bumi dan coba mengambil daun-daunan yang ada di syurga namun daun-daunan tersebut menjauhi dirinya.

Hanya daun Tin berasa sedih kepada Nabi Adam dan menutup tubuh Nabi Adam. Makan Allah berikan kelebihan kepada daun tin berupa buahnya yang manis tanpa biji.Wallahu’lam

Artikel ini saya tulis untuk pakpandir.com dari saya admin ceramah-ustadz.my.id. Kunjungi juga situs portal islami saya yang beralamat di ceramah-ustadz.my.id.

Pos terkait